HOME
Powered by StoreHub

TUNGBAYEE TANGAS LOSE PACK 200G


  • Delivery
  • In Store
    FREE In-Store Pickup

Product Description


BERTANGAS. Amalan tradisi yang banyak khasiatnya especially untuk bahagian sulit.

-

Tangas ni ada 2 jenis. Tangas kering dengan tangas basah. Tangas yang boleh dibuat masa sauna/mandi ialah tangas basah. Hanya perlukan pek Herba Tangas Tradisi Tungbayee dan rebuskan didalam periuk/masukkan dalam sauna bowl.

Guna kerusi yang ada lubang/besen tangas supaya wap herba tadi boleh masuk direct terus ke bahagian sulit.

Bukan perempuan lepas bersalin je boleh guna, anak dara pun boleh.

Khasiat bertangas :

🌿 Menghilangkan bau hanyir dan kurang menyenangkan pada bahagian sulit

🌿 Melancarkan peredaran darah haid atau nifas

🌿 Membantu menjaga kesihatan faraj

🌿 Mengurangkan kekenduran rahim selepas bersalin

🌿 Mempercepatkan kesembuhan luka jahitan lepas bersalin

-

Digalakkan untuk melakukan senaman kegel (kemutan) sepanjang bertangas untuk menguatkan otot faraj dan rahim.

Cara Penggunaan:-

1. Masukkan 50gm campuran daun tangas, garam dan herba kedalam uncang.

2. Didihkan 1L air di dalam periuk dan rebuskan uncang herba tangas tradisi selama 10 minit

3. Masukkan air didihan kedalam periuk tanah atau besen bertangas dan letakkan dibawah kerusi tangas/toilet bowl.

4. Duduk diatas kerusi/besen tangas dengan selubungkan tubuh menggunakan kain tangas dari leher hingga ke kaki bagi mendapatkan kesan wap menyeluruh selama 15-30 minit.

✔ Anggaran 1 paket = 4 ke 6 kali rebusan ataupun selagi ada bau herba boleh guna lagi(bertangas/basuhan)

***Tips penggunaan: Selepas penggunaan keringkan semula daun herba tadi, dah kering masukkan semula dalam zip bag lock dan letak dalam bekas kedap udara(bagi mengekalkan bau herba).